Dalam
Islam,
mati syahid (
Bahasa Arab:
شَهيد
šyahīd, jamak:
شُهَداء šyuhadā')
ertinya Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah
membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan
keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela
harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam
perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid.
Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan
menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah (
jihad fi sabilillah).
Dalil orang mati syahid
Orang-orang yang termasuk golongan yang meninggal dalam keadaan
syahid telah dijelaskan dalam dalam Al-Quran dan hadis, adalah sebagai
berikut:
“ |
"Dan jangan sekali-kali
engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada
jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup
(secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;
(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati
Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira
dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang
sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan
belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula
tidak akan berdukacita.
Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah
kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala
orang-orang yang beriman. (Surah Ali ‘Imran:169-171)
|
” |
Adapun hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan masalah
golongan yang meninggal dalam keadaan syahid banyak dijumpai diantaranya
adalah sebagai berikut:
1. Rasulullah bersabda:
“ |
"Barangsiapa yang terbunuh
kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela
agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid.
Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat
Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)) |
” |
2. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
“ |
"Apa menurut kalian tentang
orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid
adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda:
"Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya:
"Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa
dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah
itulah syahid, yang mati kerana thaun (sejenis penyakit lepra) maka dia
syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis
Riwayat Muslim(3539)) |
” |
Ganjaran mati syahid
Rasulullah bersabda:
“ |
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
- diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
- melihat tempatnya didalam surga
- dilindungi dari azab kubur
- dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
- merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
- dan diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
|
” |
Syahid pertama
Orang yang syahid buat pertama kalinya adalah seorang perempuan lanjut usia iaitu
Sumayyah binti Khabbab, orang Islam pertama yang mati syahid di tangan kafir
Quraisy
di Mekah untuk mempertahankan agamanya. Akhirnya dengan balingan
lembing oleh Abu Jahal, Sumayyah telah gugur syahid. Sumayyah merupakan
wanita pertama Islam yang gugur syahid.
Penghulu para syuhada
Sabda Rasulullah:
“ |
"Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muttalib, dan orang yang melawan penguasa kejam, ia melarang dan memerintah, namun akhirnya ia mati terbunuh." (Hadis Riwayat Al Hakim) |